kenangan sekolah kembali



Baru beberapa hari lepas aku pergi ke sekolah lama aku sebab nak ambik sijil SPM . Sampai kat sana tak banyak berubah. Cuma aku terpikir bertapa pantasnya masa berlalu rupanya sudah setahun lebih aku tinggalkan sekolah tuh. hehe. tapi kenangan masih kuat dalam fikiran ni macam kena gam gajah . hehe.

Dulu kat sekolah aku dikenali sebagai Pian sama lah kat poly sekarang. Kat sekolah dulu aku ketua kelas . Orang kata aku ketua kelas terbaik (org kata tau! ) *mata tengok atas ,tgn kat dada* HAHA. Tapi tak dinafikanlah dulu masa sekolah memang aku nak abes sekolah cepat sebab dah bosan dengan rutin harian aku lagi-lagi aku duduk asrama kan. hee. yela, hari-hari kena bangun awl sebelum 6.50 pagi kena keluar asrma sebab guard sekolah kami mengalabah suka tutup gate bawah tu. haha. 

Kalau minggu tak balik best la jugak .selalu overnight . Alaa bukan pergi mane pun. lepak kat asrma je pun. boleh tidur lambat. kadang-2 yang best tu kami main futsal pukul 3 pagi kat dataran sekolah . Ada satu hari tu hujan lebat pun kami bantai main jugak. haha. sampai aku kena asma.Dulu asrma aku mmg kuat gaduh dengan junior(tapi aku x join pun) .hehe. aku tgk je lah kwn-2 aku ragging . kdg-2 kesian lak. haha. Tapi standard lah masa aku form 4 dulu kami kena ragging lagi truk . Kdg-kdg aku kelakar jugak ada member aku gaduh kes awek lah,curi rokok lah ,curi itu ini . hahaa. alhamdulilah dulu locker aku tak pernah kena pecah . tak tahu kenapa. bernasib baik kot aku ni. 

Aku masih igt lagi mase kat sekolah dulu aku bawak hp nokia cikai .sampai sekarang ade .wahhh. haha. yg best tak pernah kantoi pun henset ni bila spotchck hahaahh, Motif bawak hp aku ni bkn sebab awek .tapi sebab nak kol mama (anak manje) HAHA. yela kalau minggu balik aku kol la mama nk bagi tahu balik ke tak. selalu aku ni balik naik tren . dari sg.buloh terus ke kajang( 13 stesen cek oi) . heehe. kat kajang kena jalan naik bas balik umah aku kat bangi . hehe. kalau nak cerita kenangan kat teknik sg.buloh ni rasanya berpuluh page blog ni tak cukup .jadi sampai sini je lah . HEHE. salam ! :D

hasil dari bersuka-ria sem satu


hahahaha. Ini lah hasil dia kalau asyik main ja sem 1 .semua cukup-2 makan je. tapi bersyukur lah lulus semua. sem depan kena pulun lagi . ingat sem 2 ni  "No more love , No more playing" :) hahahahaha.

Funny chelsea vs barcelona




sungguh tidak ku sangka pasukan favourite(chelsea) aku masuk final champion league season ni . hahaha. yela, dari peringkat kumpulan pun tengok gaya main macam bengong je. hahaa. tapi lepas tukar manager chelsea dah bertukar menjadi hebat. haha. season ni memang tak sangka lah dieorg boleh kalah kan barcelona kat semis hari tu. masa aku gi tengok dengan kawan-2 aku kat Nashmir,jitra. aku tak sangka langsung chelsea menang . dalam hati asyik cakap "hmm , mintak jangan kalah terok sangat" ..huhu . malam tu 1st leg . gembira la jugak sebab menang tapi 50% je. 

Tapi yang aku akan igt sampai mati aku.  Game 2nd leg kat Nou camp,barcelona la. memang la kena 2-0 dulu mase mula-2. plus sorang kena red card(terry) . haaaa. mase tu aku tak frust sgt sebab aku tahu malam tu chelsea akan kalah . hahaaah .(lalangnye aku) .Pada masa tu tiba-2 kat jitra hujan lebat. dan pakat ramai-2 lebih 100 org kat kedai mamak tu masuk bagi penuh tmpt dalam ada yang diri ada yang duduk . sebab sbelum tu duduk luar mengadap screen besar. hahaa. masa tu la chelsea score. dan hanya tuhan ja tahu aku jerit macam orang gila. aku cekik kawan aku( fans barca) sbb sbelum tu dia kutuk chelsea. hahahah. aku asyik cakap kat dia "hang tengok tu! hang tengok tu ! hebat dak?! " hahahaha. seronok sgt chelsea dpt score. sbb kalau ikut syarat chelsea layak dgn away goal. hehehe. 

Sumpah malam tu hanya fans chelsea ja dapat rasa macam aku ni. Lagi pun memang aku geram ngn barca sebab masa musim 2009 dulu team dieorg pernah buat aku nangis. hahahaaa. semis chmpion league jugak lah . dieorg kalahkan chelsea minit-2 akhir. Akhirnya dendam chelsea terbalas.  Tambah gembira lagi malam tu sebab torres score bagi 2-2 . hahaha. memang kelakar kalau pikir-2 balik masa tu. sebab aku jerit gila babi woo . hahaha. sampai rasa nak muntah lah.. hahaa. serious tak tipu. hahaa. dah la malam tu aku mai kedai mamak tu dengan naik toyota hilux .haha lawak-2. puas sungguh aku malam tu tengok bola. pengalaman yang lawak malam tu. haha tak sabar nak tengok 19 mei ni final chelsea lawan bayern munich. 

pasangan hidup pean



Sunyi sungguh bila tak ada pasangan hidup ni .Tapi kalau ada pun buat apa menyakitkan hati ja,. hahaaha. mungkin Allah nak suruh aku belajar erti kehidupan. memang susah nak dapat True love. cewahhh hahaa. aku ni dah la tak hensem hahaa. nak kata aku menyesal sebab setia sebelum ni . hmm tak lah. dapat gak pgalaman hidup tapi memang menyakitkan lah . bila orang ignored kita, game kita , tipu kita . hmm , tapi sekarang aku dah sedar dari tidur(kebodohan) . Selepas ni bukan tak nak couple dah . cuma nak pilih untuk calon isteri terus. HAHAA.(melampau) . belajar pun baru sem 1 kat poly. hehe. sbenarnye aku dah nekad dah . masa kerja baru cari pasangan hidup . masa study ni cari kawan dulu . nanti kerja baru masuk minang terus. HAHA. style kan cara aku. Sebenarnya aku ni jarang ber-pasangan ni . Hidup aku Family Kawan Family Kawan itu je. hehehe. tapi aku percaya jodoh Allah tu. suatu hari nanti akan ada bidadari milik aku jugak . cewahh BUAHAHA, dengan itu berakhir lah post yang membosankan ni . maaf . hehehe. :)

pahit manis busuk wangi di Polimas





pejam celik pejam celik tak sangka sungguh dah abes sem 1 aku kat Politeknik sultan abdul halim muadzam shah ni . hehe. macam-macam jenis-jenis manusia, pegalaman hidup yang aku jumpa dan belajar kat sini . kat sini aku jadi wakil pelajar(ketua kelas) walaupun pada mula benci tapi lama-lama terpaksa lah . tapi mmg benci pun sem 2 jgn harap nak jadi dah. hahaha. aku harap sem 2 nanti aku akan berubah jadi lebih kearah manusia yang berguna .AHAHAH , pape pun tunggu result final nanti . kantoi atau tidak ? heee